Friday, November 20, 2009

pudar

*nanges*

Siapa yang dapat menghalang kita dari terus melepaskan apa yang kita rasa diruang yang tak terbatas ini.

Aku dengar lagu sambil meninjau ninjau ke blog kawan dan juga blog bukan kawan-kawan pun, nampak semua sama, melepaskan segala bentuk rasa yang masih berbekas meskipun ada yang terover drama queen dan ganas mengutuk sesama, dan ada juga yang menceritakan soal cinta, agama, kehidupan, keresahan hati, politik sampailah kepada hakikat dan makrifat yang tidak kita nampak tapi kita rasa.



Cuma rasa................


di ruang yang sempit yang aku harung bantai semua sekali ini,
samakah aku dengan mereka?!

oh no!

*nanges*



Kalau perlu aku konklusikan perasaan sekarang ini,
memang tak best..
seyes beb!

Aku tunggu kau.Di ym,di emel,di telefon....
tapi kau tetap tak pulang-pulang
tak abes-abes merajuk dengan aku
tak puas lagi ke 2 dozen tahun ini?
:(

tiada utusan,tiada hubungan----aku gelabah tahap perwira gaban.(gaban gaban perkasa..)


..................

dah dapat hubungi mama abah,depa lani kt jengka.seb bek bukan kt cherating..hahahahahahahahaahaha.bg la can nk jeles secara berhemah.

Wednesday, November 18, 2009

(T______T)

So many things that I came to know of pretty recently.
so many faces of people I thought I knew before are now totally strangers to me.
and it saddened me because I used to love those faces.

..............................

aku cukup tak suka bila nak menulis,aku tekan keyboard kuat-kuat.
aku cukup tak suka bila terpaksa menampal kemarahan aku di tenet nih untuk satu dunia baca.

Kau ingat aku tak malu buat macam tu?
even aku telah hadkan bilangan pembaca ke blog ini.
Ye sebab ini jiwa aku privasi aku.

tapi ye lah..aku ni macam melawan arus. sebagai seorang yang expressionless dan terreserve, hanya dengan tulisan la cara terbaik aku nak pendam apa yang sesak sangat kat dada nih. memang tu fitrah seorang yang menulis. nature seorang gusti puteri.seorang yang macam aku.anak ke2.si patah hati.

tapi aku memang tak reti. bila sampai bab-bab nak mencaci maki nih. paling maksima pun aku sound straight pedas-pedas dan sori la, suara piching tinggi sampai aku pun memparkinson sikit dihati.

aku masih ada medium hormat dilapis atas tudung kepala aku.even aku ingat lagi bunyi pintu ditutup dengan kuat dan bunyi buku sekolah aku dikoyak.

aku try susun susun ayat yang agak sedap untuk dibaca. sound orang tapi berlapik.tak sangka ada gak yang terkesan.

aku try menjadi orang yang baik dalam setiap langkah dan tulisan dan kata-kata aku.dalam doa aku.dalam niat aku sebelum naik kapal besi.

aku cuba berniat menjadi seorang yang tidak menumpahkan segala jerihnya pada cuping telinga mana-mana makhluk tuhan di muka bumi ini.

juga buat pengajar aku naik moto itu,yang selalu suruh aku mandi dulu untuk ke
sekolah pukul 6 pagi,yang selalu ajar aku supaya makan dengan cepat supaya boleh tolong dia angkat baju.


ni kes aku tengah down.
dan marah.
tapi aku tak dapat nk luah dalam bentuk tulisan.

perasaan tak lepas.



ntahla,kami ni api.harimau.sama-sama mengaum serentak.

nyanyok

Assalamualaikum wbt

5pm di Nihon ketika ini sudah maghrib.Sudah malam.
Cuaca sangat sejuk saikin.Kayuh basikal pulang kerumah,tangan sudah membeku dan bibir sudah luka.
Selalu akan buka kunci umah dengan tangan yang berkeriut untuk digenggam.Terus akan petik danbou dan berlari ke dapur untuk mencari haba.Dengan api yang keluar dari dapur(seroius aku tak ingat apa nama menatang tuh!),telapak tangan sedia untuk disalai.
.....................

Aku selalu lupa nak cakap apa sekarang.Tetiba sedang seronok bercakap-cakap,tak terkeluar word samada dalam bahasa melayu english dan nihongo.Semua perasaan dan keinginan nak bercakap tersekat di dalam dada.Akhirnya sekali aku akan terdiam secara tiba-tiba.Ibarat bawa kereta,tanpa bagi signal terus tekan brek berhenti.Aku cuma takut pada masa yang lain,ada treler besar bawa kereta Prius 6 aka biji akan hempap aku dibelakang.

Duduk seorang diri sekarang ini dengan Sabtu Ahad di rumah bukan benda yang baik.Malah membodohkan aku.Sel otak aku mati.Aku hilang toleransi dan komunikasi.Aku lupa masa untuk aku bersosial dan beramah mesra walau tak boleh jadi semesra dulu.

Asyik-asyik aku kena break the ice.tapi sampai bila?

.................

Kenapa susah sangat aku nak senyum sekarang?

Aku tension kot.
Aku PMS kot.

Gila aku rasa mula nak buat kerja gila.

Tunggu la sekejap lagi,lepas abes jikken.Ntah pukul bapa...

mama abah pergi pahang,nak ikut mandi laut...

Tuesday, November 10, 2009

sembunyi

Hai, apa khabar?

Saya sihat.Malas nak update blog.Blog nak start dengan ayat apa pun saya sudah tak ingat.Semalam saya berpuasa,berbuka di sekolah makan secawan cafe ore latte,sebiji cekelat,dan ebimayo onigiri.Selepas tu ke Nafco dan Apamanshop.Tidak pula menjamah nasi.Tengoklah saya akan kurus suatu hari nanti kalau tawaduk begini.

Mimpi buruk berlaku bila saya kini selalu pulang lewat ke rumah.Sampai rumah,sudah malam.Angin malam boleh buat mata jadi berat dengan pantas dan merah dan membasahkan pillow.

Semalam aku dapat emel.




Haih, tak ada bendalah nak cerita.

bye.

Wednesday, November 4, 2009

Soul

Assalamualaikum wbt

Daun merah di belakang sekolah dah gugur satu persatu.Ada pokok yang sudah botak.Aku selalu teringat pokok botak itu.

Tadi dia cakap,tak ada apa yang nak malunya.Aku hanya gelak.
And now,aku tak pasti adakah dia masih boleh terima aku yang hodoh ini.Yang serba tidak tahu ini.

Penantian itu meresahkan, walaupun bukan aku begitu tertunggu-tunggu.
Walaupun yang bakal datang pun azab, sekurang-kurangnya ia sesuatu yang dah pasti.

Tak perlu lagi perlu tertanya-tanya dan fikiranpun tak lagi disemakkan tatkala sedang membelek kertas, menukang dibilik gelap, atau berendam di dalam bath tub. Kerana pasti ia sudah berlaku.

Ia sudah tertulis.
Bulan 12 chuukan happyou,selepas itu aku mahu ke Kobe.



Haih, rimas dengan diri sendiri.
Menanti sebuah kelegaan yang sebenarnya datang dalam bentuk kesakitan.Kesakitan kata-kata.

Biarlah. Aku rela.
Asalkan aku tak lemas dengan kerenah emosi melankolik diri sendiri.







Aku betul-betul rela kali ini.


(T___T)

cool gusti cool.

....dan pokok momiji makin botak.

Tuesday, November 3, 2009

malu weh

Saya perlukan sebuah tembok besar Cina untuk tutup muka yang tebal ini.

Saya perlukan sebuah makeup yang dapat membuat muka saya macam clown pipi merah yang dibuat-buat.

Saya perlukan sebuah alasan yang kukuh untuk mengatakan saya ada masalah pernafasan yang sempit 2 menjak ini kerana mukus yang ada.

Saya ada sebuah kekecewaan bila saya kini menjadi orang yang sebenar dihadapan para kekasih saya.

Malu lah ai.
Seyes.

Macam-macam lah,
korang dengkur tak bila tidur?
tapi aku tidur depan komputer.
dengan kertas jinruitopurazuma atas muka.





malu-malu..



camna nk pergi esok?
nak lari dari rumah.

Monday, November 2, 2009

tumpang

Assalamualaikum wbt

Sumpah arini sejuk.Aku pakai mask pergi lab tadi.1st time dalam hidup aku neh.Jadi ninja turtle.Hidung aku kena selalu dijaga sebab baru lepas bedah plastik.Ye baca betul2.

Angin dia boleh buat kau rasa dekat atas bukit nak melunjur turun tapi gayat main senorbot dan seki.Sumpah sejukkkkkk~~tangan tu rasa hilang deria rasa dan semua urat-urat dia jadi ada bunyi eletronik.

Musim Autumn memang musim orang demam dan selsema.Pehh,3 tahun setengah disini,tak pernah fail aku demam dan selsema setiap kali musim cenggini.Sungguh annoying.Memang tak best bila takada org nak tolong jaga, sampai demam pun kena makan maggi perasa kari letup muka mawi yang tak berperisa sebab air panas lambat sangat nak tunggu dia mendidih jadi buat pala sendiri.

Mood swing jangan cakap ah,tapi memang tidak aneh untuk wanita macam saya dihujung bulan.

Esok Jepun cuti,aku pun akan bercuti sendirian di rumah lagikah?.
Hingus dan lendir masih ada....


tak de benda nk entertain aku time aku sangat gloomy minggu-minggu nih.

terus terang,aku ada banyak benda nk fikir dan hadam pasal hal ekonomi rumah tangga dan lab aku,dan sangat annoying kena pikir beramal jariah dan pulok tu menjadi tok kadi walhal aku sendiri tak ada reason yang kukuh untuk buat camtu sekarang nih.

Sumpah aku tak suka orang yang tak respect sempai yang kurang masa ini.

hampa tu pun tak leh pikiaq ka? otak boh kat pala lutut ka?
nk cakap lagu ni rasa macam agak shitsurei ka.

oklah ai sabar,5 bulan lagik.tak nak gaduh2.

:(